bihun sup utara:
bihun secukupnya (direbus bersama sedikit serbuk kunyit & ditoskan) 300 gm daging lembu (dihiris nipis) 2 paket sup bunjut 4 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (dihiris) 4 cm halia + 1 sdk lada hitam (ditumbuk) sedikit rempah tumis garam
Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis rempah tumis bersama bawang yang dihiris sehingga wangi dan garing. Tambahkan halia dan lada hitam, kemudian masukkan daging, rempah bunjut dan air secukupnya. Renih sehingga daging empuk. Apabila daging telah empuk baru masukkan bahan perasa. Sedia untuk dihidangkan bersama bihun dan bahan pelengkap.
kuih bunga pudak
Time aku duduk kat newsroom, FKP, USIM, tibe2 aku teringat kampung halaman ku kat aloqstaq kedah. Automatik otak ku teringat kuih buatan mak aku, iaitu kuih bunga pudak. Kuih bunga pudak ialah kuih tradisional kedah tau,, yummy! Rasanya manis warna pink lak tue,,, hehe tp skrg ni dah mcm2 warna dah,,, huhu guna perisa mcm2. Maklumla dunia dah maju,,, haaaa ni aku nk gtaw cara2 nk buat kuih bunga pudak ni. Tapi aku xpernah buat pon,,, tgk mak aku buat kuih ni jer,, hehe (malas betol)
CARA-CARA MEMBUAT KUIH BUNGA PUDAK:
Intinya:
1 biji kelapa parut yg putih
1 cawan gula pasir
sedikit garam
sedikit perasa ros
pewarna merah/kuning/hijau
Bahan utk kulitnya:
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan utk inti dan goreng dengan api sederhana.
Kacau sehinga kering.
2. Gaulkan semua bahan untuk kulit dan biarkan 1/2 jam.
3. Sediakan kuali dgn api sederhana panas. Ambil secamca adunan tepung
masukkan ke dalam penapis kopi dan ayak tepung tersebut ke dalam
kuali. Ayak merata tepung dlm bentuk bulat.
4. Masukkan inti di tengahnya dan kemudian lipat menjadi empat segi.
5. Biakan seketika,kemudian diangkat. Ulangi membuatnya sehingga habis.
6. Sesuai dimakan utk minuman petang dan kuih ini boleh disimpan dlam bekas
kedap udara dan tahan lama taw! =P
kuih karas
bahan-bahan:
* 1 bungkus tepung beras halus
* 2 cawan gula mengikut citarasa masing-masing
* 3 cawan air
* acuan kuih karas
* minyak
cara membuat:
* ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air. kacau hingga sebati, kemudian panaskan minyak didalam kuali, kemudian tuangkan bancuhan ke dalam acuan seperti membuat roti kirai. apabila warnanya kekuningan, angkat dan buat bentuk ikut citarasa diri sendiri, kemudian toskan minyak. apabila sudah kering, masukkan kuih karas ini ke dalam bekas supaya tidak masuk angin,,, selamat mencuba!
yang ni xdak resepi dia yang betoi-betoi la, sebab ni 'pak cik din' punya resepi,,, so, buat resepi seniri ek,,, =p
yang ni xdak resepi dia yang betoi-betoi la, sebab ni 'pak cik din' punya resepi,,, so, buat resepi seniri ek,,, =p